JATI Jangka Perlantikan Shahir Bakal Julang Nama Baik Felda

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Jati menjangkakan perlantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dapat menjulang nama baik Felda ke arah lebih gemilang.

 

Presidennya, Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fithri Othman berkata, ia selaras dengan penubuhan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menjaga orang Melayu khususnya umat Islam secara keseluruhannya.

 

“Jati harap Tan Sri Shahrir selaku pengerusi yang baru dapat memurnikan langkah-langkah positif ke arah memastikan matlamat asal penubuhan asal Felda dapat diperteguhkan.

 

“Semoga Felda menuju ke arah perniagaan asas Felda yang sebenarnya serta menjaga kebajikan dan sosio ekonomi peneroka,”katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

 

Tambahnya, pihaknya berharap Shahrir akan bertindak proaktif dengan memberi ruang kepada badan-badan bukan kerajan seperti Pertubuhan Jati, Gabungan Wawasan Generasi Felda dan badan-badan bukan kerajaan yang lain agar dapat bersama memantapkan Felda ke tahap yang lebih disegani.
“Diharap dengan lantikan ini dapat selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan Felda,”ujarnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.