Artis Tolak Persembahan Di Majlis Trump

LONDON/NEW YORK – Penyanyi British Charlotte Church dan Rebecca Ferguson menolak jemputan daripada pasukan Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk membuat persembahan dalam majlis pengisytiharannya minggu depan, kata mereka dalam kenyataan berasingan Selasa.

 

Penolakan itu diikuti keengganan barisan selebriti termasuk Elton John, yang mana juru publisitinya menafikan November lalu, beliau akan membuat persembahan dalam majlis itu selepas seorang penasihat Trump berkata, penyanyi itu bersetuju berbuat demikian.

 

“@realDonaldTrump kakitangan anda meminta saya menyanyi dalam majlis pengisytiharan anda, satu carian mudah di internet menunjukkan anda seorang yang zalim. Bye,” tulis Church dalam mesej tweet bersama emoji menghina.

 

Tom Barrack, seorang rakan lama Trump yang menganjurkan acara 20 Januari ini, menolak dakwaan ketiadaan penyanyi hebat dalam majlis itu.

 

Barrack memberitahu media, Trump sendiri adalah ‘selebriti paling hebat di dunia’ dan jawatankuasa pengisytiharan menyasar untuk satu ‘pertunjukan puitis’ berbanding sambutan umpama sarkis.

 

Jawatankuasa itu bagaimanapun tidak membalas komen mengenai Church dan Ferguson.

 

Penyanyi klasik Jackie Evancho, yang terkenal sebagai penghibur kanak-kanak dalam rancangan televisyen “America’s Got Talent” enam tahun lalu mengesahkan akan menyanyikan lagu kebangsaan AS dalam majlis itu.

 

Church, yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi klasik kanak-kanak, bercakap mengenai pandangan politik haluan kiri serta menghantar pelbagai tweet ketika kempen 2016, mengkritik Trump.

 

Ferguson, yang menjadi terkenal sebagai pemenang kedua rancangan bakat TV “The X Factor” pada 2010 berkata Selasa, beliau juga enggan membuat persembahan kerana pilihan lagu anti-perkauman “Strange Fruit” ditolak. -Reuters/BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.