Umie Aida Reda Kondominium Dilelong RM2.1 Juta

Aktres terkenal, Datin Paduka Umie Aida reda dengan isu lelongan kondominium penthouse milik suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Mont Kiara di sini dan menganggap ia sebagai satu dugaan daripada Tuhan.

 

Katanya, beliau pasrah dengan kehilangan hadiah perkahwinannya itu dan akan terus berdiri teguh di belakang Khairuddin.

 

“Sudah namanya kehidupan, ia pasti penuh dugaan.

 

“Tuhan menduga setiap manusia dengan ikut kemampuan. Saya dan keluarga saya diduga dan sebagai isteri, saya akan tetap menyokong suami saya selama-lamanya,” kata Umie Aida seperti yang dilaporkan Kosmo!

 

Umie Aida yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima itu bernikah dengan Khairuddin pada 14 Mac 2010 di Mekah, Arab Saudi.

 

Sabtu lalu, unit kondominium mewah di kawasan kediaman elit Mont Kiara milik Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu dilelong pada Lelongan Mega CIMB di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

 

Sementara dalam laporan mStar onlie menyebut, kediaman itu sudah dibeli oleh seorang wanita yang tinggal di Damansara dengan harga RM2.1 juta selepas lelongan itu tidak dibida oleh mana-mana pihak.

 

Sekiranya rumah berkenaan sudah dibeli, ini bermakna Umie dan Khairuddin perlu mengosongkan kediaman berkenaan.

 

Khairuddin turut dilaporkan telah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi. – MalaysiaDigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.