Sultan Nazrin Shah Dianugerah Darjah Kerabat Selangor

Shah Alam – Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah 11 Dis lepas.

 

Turut berangkat ke upacara pengurniaan di Istana Bukit Kayangan di sini ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

 

Hadir sama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan Selangor.

 

Darjah tersebut merupakan Darjah Kebesaran tertinggi Selangor Darul Ehsan.

 

Sultan Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 29 Mei tahun lepas berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah.

 

Istiadat pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 akan berlangsung pada 6 Mei depan. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.