Piala Asia Kelima : Pesta Gol Jepun Pada Minit Ke 8 Tewaskan Palestin

Sydney – Juara bertahan, Jepun yang sedang mencari gelaran Piala Asia kelima, yang juga keempat berturut-turut sejak tahun 2000 mudah membenam cabaran Palestin dalam saingan Kumpulan D, 4-1 di Newcastle, utara Sydney.

 

Pesta gol Jepun bermula pada minit kelapan, apabila penyerang veterannya, Yasuhito Endo mudah menewaskan penjaga gol Palestin, Ramzi Saleh.

 

Gol ini merupakan jaringan antarabangsa ke-15 untuk pemain berusia 34 tahun itu.

 

Pada minit ke-25, Okazaki memanfaatkan hantaran Kagawa untuk menanduk masuk menewaskan Ramzi kali kedua untuk pasukannya, serta yang ke-41 dalam 85 kali penampilan antarabangsanya.

 

Tidak menunggu lama, Honda telah meletakkan Jepun selesa di depan sebelum tiba waktu rehat apabila meledakkan gol ketiga Jepun pada minit ke-44.

Bermula separuh masa kedua, Jepun terus bermula garang dan asakan awal membuahkan gol keempat menerusi Yoshida pada minit ke-49.

 

Palestin terus diasak dan ia bertambah sukar apabila pemain pertahanan mereka, Ahmed Harbi telah menerima kad kuning kedua.

 

Dengan 10 orang pemain, Palestin dilihat semakin sukar memberikan saingan sehingga tamat perlawanan.

 

Palestin kali pertama meloloskan diri dalam 16 pasukan terbaik selepas menewaskan Filipina pada perlawanan akhir AFC Challenge Cup pada Mei lepas.

 

Jepun akan bermain pada perlawanan kedua Kumpulan D menentang Iraq di Brisbane pada 16 Januari manakala Palestin akan menghadapi Jordan pada hari yang sama di Melbourne.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.