Pengguna Media Sosial Menitis Air Mata, Lihat Pelajar Guna ‘Beg Kotak’

Kuala Lumpur – Gambar seorang murid sekolah rendah yang dipercayai baru mendaftar untuk memasuki tahun satu, cukup menyentuh hati warga maya.

 

Murid berkenaan menjadikan sebuah kotak minuman yang diikat dengan tali sebagai beg sekolahnya, menjadi viral di laman sosial.

 

Gambar berkenaan memaparkan murid tersebut sedang mengikuti sesi perhimpunan di sebuah sekolah yang dipercayai terletak di Pantai Timur dan terjejas akibat bencana banjir, baru-baru ini.

 

Ramai yang memuji inisiatif kanak-kanak itu, malah tidak kurang juga yang menawarkan bantuan untuk membeli sebuah beg sekolah buat murid berkenaan.

 

Berikut adalah antara komen yang diberikan berhubung gambar tersebut:

 

Aris Aries: Anak ini akan menangis bila melihat gambar ini sewaktu dia berjaya nanti; ingat sewaktu susah mengajar kita menghargai waktu senang.

 

Padzilah Shamsudin: Berlinang air mata..sedihnya..saya doakn anak ini berjaya dunia dn akhirat.amin…

 

Sachiko Comel: terkilan melihat gambar adk ini…antara berjuta org kanak2 d malaysia dia yg paling hebat sehinggakan ramai org2 mlysia menitiskan air mata melihat semangatnya ingin menimbah ilmu..semoga mendapat kejayaan d dunia dan akhirat…tk snggup rasanya aq melihat gambar kanak2 ini..sedangkan keinginan setiap kanak2 bila buka sekolah inginkn semuanya baru.. Adoiiiiiii nk taip pn da tk larat bab ari mata ni entah knpa sntiasa menitis melihat pic ni…sebak di dada..

 

King Shah: Menitis air mata..bukan semua di lahirkan mewah ngan harta benda. .sesungguhnya hati mu tabah menghadapi. … semoga engkau menjadi anak yg soleh berjaya di dunia n akhirat… Aamiin ya robbal alamin. . :’)

 

Fareed Aziz: jatuh air mata tgok.. Ya Allah bantulah mereka..smoga mjadi org yg bjaya dunia n akhirat..amin..amin..amin..

 

Gambar itu dimuat naik ke akaun laman sosial Facebook dan dikongsikan dengan 50,888 pengguna serta  123,177 Like.

 

Namun menurut respon terbaru yang diterima SuaraTV, gambar tersebut sebenarnya mengisahkan seorang pelajara yang membawa pulang beberapa kotak susu yang diberikan oleh kerajaan pada hari terakhir persekolahan penggal lepas dan langsung tiada kene mengena dengan isu banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

 

Musnaili Hamdan:  Gambar ini sebenarnya telah dimuatnaik oleh seorang guru di Sabah pada akhir sesi persekolahan pada tahun lepas dan ia tidak ada kena mengena dengan mangsa banjir di neger Pantai Timur. Menurut guru berkenaan, pelajar itu ada beg sekolah, cuma pada hari tersebut, dia menggunakan kreativitinya untuk membawa minuman kotak yang diagihkan oleh pihak psekolah.

 

beg kotak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Pengguna Media Sosial Menitis Air Mata, Lihat Pelajar Guna ‘Beg Kotak’

  • January 12, 2015 at 5:49 pm
    Permalink

    Gambar ini sebenarnya telah dimuatnaik oleh seorang guru di Sabah pada akhir sesi persekolahan pada tahun lepas dan ia tidak ada kena mengena dengan mangsa banjir di neger Pantai Timur. Menurut guru berkenaan, pelajar itu ada beg sekolah, cuma pada hari tersebut, dia menggunakan kreativitinya untuk membawa minuman kotak yang diagihkan oleh pihak psekolah. Untuk keterangan lebih terperinci harap pengarang Suara Tv boleh merujuk Facebook DGUG @ DeQuincey Darreno

    Reply
  • January 12, 2015 at 11:46 pm
    Permalink

    Terima kasih Suara Tv kerana telah membetulkan fakta tentang pelajar berkenaan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.