Parlimen Belia Akan Bersidang 3 Kali Setahun

Kuala Lumpur – Persidangan Parlimen Belia akan diadakan sebanyak tiga kali setahun namun tarikhnya masih belum dapat dipastikan lagi.

 

Perkara itu diberitahu oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sidang media sejurus menyampaikan ucapan pergulungan Persidangan Parlimen Malaysia.

 

“Saya akan pastikan Parlimen Malaysia akan bersidang sebanyak tiga kali setahun. Kita akan lakukan pada awal, pertengahan dan hujung tahun.

 

“Namun tarikhnya saya tidak boleh pastikan lagi. Saya mahu ia diadakan tiga kali setahun kerana sejajar dengan konsep dengan demokrasi,”katanya.

 

Menurutnya, demokrasi bukan hanya rakyat bebas memilih pemimpin mereka tetapi meliputi ahli parlimen bebas untuk menyatakan permasalahan rakyat dan membahaskan usul mereka.

“Dengan cara ini, saya yakin kita lebih dekat dengan rakyat dan sentiasa berusaha demi kebaikan mereka,” katanya.

 

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan Pegawai Khasnya, Mohamad Iruan Zulkifli yang memukul seorang ahli Wira Perkasa, beliau menjawab tidak mahu memberikan sebarang komen.

 

“Saya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai hal itu kerana ia telah menjadi kes polis.

 

“Biarlah polis melaksanakan kerja mereka dan menyiasat mengenai dakwaan itu,” katanya. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.