Mahkamah Tentera Putuskan Mejar Zaidi Bersalah

Kuala Lumpur – Seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera di sini hari ini.

 

Mahkamah memutuskan beliau bersalah terhadap dua pertuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

 

Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota bersidang menetapkan pukul 2 petang ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mejar Zaidi Ahmad, 48.

 

Yang turut menganggotai panel tersebut ialah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.

 

Beliau sebelum ini berdepan dengan pertuduhan pertama dan kedua, Zaidi didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera, tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas pada 1 Mei 2013.

 

Zaidi juga berdepan dua lagi pertuduhan iaitu membuat kenyataan media bagi melahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera.

 

Dia juga didakwa menyiarkan maklumat rasmi iaitu berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera.

 

Pegawai tentera itu didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Mei 2013.

 

Bagi pertuduhan keenam dan ketujuh, Zaidi didakwa menghantar SMS berbaur politik atau hasutan semasa bertugas di Pangkalan Udara Butterworth pada 1 Mei 2013.

 

Dia didakwa mengikut Sekysen 50(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.