Kritikan AS Sama Seperti Suara Pembangkang

KRITIKAN tidak puas hati Amerika Syarikat terhadap keputusan kerajaan Malaysia mengekal dan menambah baik Akta Hasutan 1948 dan kes liwat Anwar Ibrahim mengundang pelbagai persoalan.

 

Kritikan AS itu nampak seperti suara pihak pembangkang di negara ini. Apakah pihak pembangkang menjadi orang suruhan AS?

 

Apabila majoriti rakyat menolak pemansuhan akta hasutan, ini menyebabkan misi pihak tertentu di AS dan Malaysia untuk menjahanamkan keharmonian dan keamanan hidup pelbagai kaum terbantut. Lalu mereka menabur pelbagai kecaman tidak berasas.

 

Apakah soal keharmonian, keamanan dan keselamatan negara terletak di tangan AS atau pembangkang?
Jadi kerajaan hanya membiarkan sahaja negara ini tanpa undang undang yang terbaik?

 

Barangkali pihak yang suka menangguk di air yang keruh ini berasa amat gembira desakan mereka supaya kerajaan menghapuskan ISA telah berjaya. Jika Akta Hasutan berjaya dihapuskan maka lengkaplah misi mereka untuk melemahkan struktur kekuatan negara ini semenjak dari zaman darurat sehingga kini.

 

Begitu juga keadilan menjadi tanggungjawab mahkamah Malaysia biarpun yang dibicarakan itu Ketua Pembangkang kerana pembantunya sendiri membuat laporan polis terhadapnya.
Tiada bukti kerajaan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim.

 

Justeru, mengapakah AS yang tiada kena mengena dalam laporan polis boleh membuat komen dan kritikan tidak berasas?

 

Melainkan memang AS mempunyai niat tertentu yang mereka sendiri telah lama wujudkan dengan Ketua Pembangkang tersebut.
Mungkin itukah maksud tersirat di sebalik kecaman, kritikan tidak berasas dan cubaan AS untuk campur tangan.

 

Semoga rakyat dapat menilai dan menghukumnya.

 

Cheredza
Sik, Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.