Hafiz Umum Bakal Bertunang Dengan Kekasih Hatinya Ferbuari Nanti

Kuala Lumpur – Penyanyi popular,  Hafiz Suip mengesahkan dirinya bakal mengikat tali pertunangan bersama kekasih pilihan hatinya yang dikenali sebagai, Effy selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Menurut penyanyi berusia 25 tahun ini, majlis pertunangan itu bakal dijalankan pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak.

“Sebenarnya 21 Disember lalu saya telah menghantar rombongan merisik ke rumahnya.

“InsyaALLAH, jika tidak ada apa-apa halangan, kami bertunang Februari ini di mana ia dijalankan sempena sambutan hari lahir saya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media showcase Hafiz And Friends di kafe Hard Rock, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai persiapan perkahwinannya itu, Hafiz memberitahu tempoh pertunangannya mungkin mengambil masa selama setahun sehingga kekasihnya menamatkan pengajiannya.

“Kalau ikutkan hati saya sendiri tidak mahu bertunang lama-lama. Tapi saya hormati dia dan pada masa yang sama mahi beri ruang kepadanya.

“Kalau semuanya berjalan lancar, kami akan bernikah selepas setahun,” katanya teruja.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal membuat persembahan ‘Hafiz & Friends Showcase di Hard Rock Cafe pada 25 Januari ini jam 9.00 malam.

Showcase itu juga turut menampilkan barisan penyanyi seperti Hazama, Aril, Faizul Sani, Akim & The Majistret dan Firman.

Tiket showcase yang dijual pada harga RM80 boleh didapati di pintu masuk Hard Rock, Kuala Lumpur. –  Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.