Benci Pada Perlakuan Buruk, Bukan Si pelakunya, Kata Imam Muda Asyraf

KUALA LUMPUR: Perlakuan tidak senonoh kerana terlalu obses dengan artis sehingga melibatkan aksi bersentuhan dan menunjukkan keintiman lebih-lebih lagi bagi yang bukan muhrim jatuh hukum yang sangat jelas iaitu haram.

 

Perkara tersebut dijawab oleh Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan melalui Twitternya ketika ditanyakan oleh Astro AWANI.

 

“’Ilm ma’lum bidhdharurah. Maksudnya: Satu hukum yang tidak perlu belajar tinggi-tinggi. Semua orang tahu ia jelas haram,” tuit Asyraf.

 

Dalam siri tuitnya selepas soalan itu diajukan, penceramah bebas itu turut mengingatkan umat Islam agar membenci sesuatu perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam tetapi dan bukan membenci si pelakunya.

 

“Ini kerana di pelaku juga berkemungkinan lebih baik daripada kita suatu masa nanti,” katanya.

 

Hal membenci sesuatu dengan hati itu adalah selemah-lemah iman, tambah Asyraf. Jika seseorang itu tidak mampu mencegah sesuatu dengan lisan atau tangan, jangan pula sampai tiada rasa benci pada perkara yang perlu dibenci.

 

Tuit Asyraf menerima banyak respon termasuk seorang pemilik akaun yang menambah bahawa walaupun kita perlu membenci sesuatu perlakuan buruk, hukuman terhadap si pelaku perlu ada.

 

“Ya, (konsep) hukum dan benci itu berbeza,” jelas Asyraf. – Astro Awani

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.