Bahan Binaan Jatuh Berhampiran Stesen LRT Kerichi, Laluan Kelana Jaya Alami Gangguan Seketika

Kuala Lumpur – Sistem LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan seketika akibat bahan binaan yang jatuh berhampiran stesen LRT Kerinchi pada jam 2.30 petang tadi.

Jurucakap Rapid KL berkata, susulan insiden  itu tren LRT di laluan itu beroperasi secara berselang-seli atau alternate dan telah menyebabkan sedikit kelewatan.

“Pengguna dinasihatkan supaya mengambil kaedah alternatif bagi pengangkutan awam,” kata seorang jurucakap Rapid KL dalam satu kenyataan sejurus selepas kejadian.

Tambahnya, kerja-kerja sedang dijalankan oleh jurutera Rapid KL untuk membaiki kerosakan.

Dalam berkembangan terkini, RapidKL berkata sistem dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang tadi. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.