Alyah Ucap Tahniah Kepad ‘Isteri’ Suaminya

Kuala Lumpur – Gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah yang menjadi tanda tanya akhirnya terbongkar.

Menurut sumber, Datin Alyah turut merakamkan ucapan tahniah kepada ‘isteri’ yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.

“Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.”Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.

“Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti,” katanya.

Alyah berkata, dia sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin suaminya enggan gambar mereka berdua diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram tetapi rasa seperti dirinya tidak punyai perasaan dan bodoh.

“Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

“Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur,” katanya.

Sumber : BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.