Alyah Nafi Suami Kahwin Lain

SHAH ALAM: Semalam penyanyi Alyah memuatnaik gambar Datuk Ramli MS bersama seorang wanita bernama Siti Hafilah Che Kar di laman sosial Instagram dengan kapsyen seolah-olah beliau tertipu dan dianiaya suaminya.

 

Namun beberapa jam selepas itu Alyah menafikan mengeluarkan kenyataan suaminya sudah berkahwin dengan seorang wanita berkenaan dan memadam gambar tersebut.

 

Alyah juga turut memuatnaik gambarnya bersama Ramli membayangkan yang dirinya kini bahagia di samping komposer terkenal itu.

 

Malah penyanyi yang popular dengan lagu Sesal Separuh Nyawa itu mengakui yang dirinya sangat beremosi ketika berkongsi gambar tersebut.

 

“Saya post pic (masukkan gambar) tadi kerana saya sudah tak mampu mengawal emosi. Perempuan dalam pic (gambar) tu dari saya berkawan sampai saya dah berkahwin sering menganggu hubungan saya. Yang saya ucapkan pada sesiapa yang menghubungi saya untuk ditemu bual adalah.

 

“Tahniah kepada perempuan tersebut kerana berjaya menghancurkan rumahtangga saya. Saya tak pernah kluarkan kenyataan suami saya kahwin dengan perempuan tu.

 

“Maafkan saya kerana hari ini saya tidak dapat menahan emosi dan saya telah melakukan kesilapan yang besar.Tapi janganlah memanipolasikan cerita saya. Sampai semuanya jadi tidak benar,” katanya melalui Instagram. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.