5 Lelaki Dan 1 Wanita Ditahan, 2 Makmal Proses Dadah Diserbu Polis Pulau Pinang

Georgetown – Dua makmal proses dadah berjaya diserbu polis Pulau Pinang bersama polis Bukit Aman Sabtu lalu susulan tangkapan lima lelaki dan seorang wanita di sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, makmal memproses dadah di Sungai Petani dan Gelugor di serbu selepas dua suspek ditahan di Bukit Jelutong Sabtu lalu.

 

Menurutnya, tiga suspek bersama seorang wanita berusia 38 tahun ditahan dalam serbuan berasingan pada hari yang sama.

 

“Polis berjaya merampas dadah jenis heroin dan serbuk kafein yang dianggarkan bernilai RM500,000 serta peralatan memproses dadah dalam makmal itu.

 

“Sepucuk pistol dan 59 peluru dirampas bersama dua suspek di Gelugor,” katanya.

 

Abdul Rahim berkata, kesemua suspek yang berusia 37 hingga 50 tahun ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol dan peluru. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.