Mahathir Serah Kembali Dua Pingat Kebesaran Selepas Sultan Selangor Murka?

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyerahkan kembali dua pingat darjah kebesaran diterima dari Sultan Selangor termasuk satu darjah kebesaran tertinggi diterimanya sebelum ini.

Sumber portal berita The Malaysian Insight dipetik berkata “alasannya jelas,” mungkin merujuk kepada kritikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Kedua-dua pingat berkenaan lapor sumber berkenaan, diserahkan kepada pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Sultan Sharafuddin sebelum ini menyatakan baginda murka akan kenyataan Dr Mahathir dikatakan menghina keturunan Bugis menerusi ucapan ‘lanun Bugis’ di perhimpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ di Petaling Jaya.

Baginda yang juga berketurunan Bugis bertitah, Dr Mahathir sehingga kini masih belum meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan jelek tersebut.

“Beliau (Mahathir) tidak pernah minta maaf,” ujar baginda dipetik temubual bersama akhbar The Star.

Selain isu Bugis, Sultan Sharafuddin turut mengulas kerugian RM31.5 blion dagangan mata wang Bank Negara Malaysia (BNM) sewaktu pemerintahan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri serta pengkhianatan kepada UMNO.

Dr Mahathir pernah mendakwa terlalu banyak wang dibelanjakan untuk menguruskan keluarga diraja dan Sultan membalas: “”Bagaimana pula dengan kerugian forex (BNM)? Lagi banyak”.

Titah baginda lagi, sembilan Raja-Raja Melayu juga berdukacita dengan Dr Mahathir semenjak bekas Perdana Menteri itu kembali aktif dalam politik.

“Untuk membina nama baik sangat sukar, untuk memusnahkannya sangat senang. Dr Mahathir berada di sana selama 22 tahun, bukan atas usahanya sendiri.

“Parti yang meletakkannya di sana dan kini dia mahu musnahkan parti.

“Dia fikir (tempoh pentadbiran selama) 22 tahun itu cukup besar. Dia tidak mahu ada Perdana Menteri lain yang lebih baik dan dia cuba menekan mereka. Sebab itu saya kata dia ada (sindrom) inferiority complex,” titah baginda lagi – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.