Video: Hishamuddin Akui, Muhyiddin Mengamuk Selepas Mesyuarat MT

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengakui Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengamuk sejurus selepas mesyuarat ahli Majlis Tertinggi (MT) khas yang diadakan Selalsa lalu.

 

Beliau ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata, keputusan MT untuk tidak membenarkan Muhyiddin menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 Sabtu ini mungkin telah mencuit perasan dan emosi beliau.

 

 

“Kita faham keputusan semalam mungkin mencuit perasaan dan emosi pemimpin berkenaan. Tetapi hari ini saya tengok kemarahan yang membara semalam dah diredakan.

 

“Tak terbawa-bawa, itulah kelebihan pemimpin UMNO. Yang penting sekarang ialah imej UMNO,” katanya ketika sidang media yang diadakan pada Khamis.

 

Hishamuddin turut menekankan pentingnya semangat kepartian supaya dapat meneruskan dasar perjuangan yang dibawa UMNO.

 

Rabu lalu SuaraTV melaporkan tindakan Muhyiddin yang menarik Hishamuddin ketepi sambil menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

 

“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.

 

Jeritan Muhyiddin itu turut di dengari oleh beberapa orang ahli (MT) lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.