Muhyiddin, Shafie Sepatutnya Dibenarkan Berucap – Mukhriz

Kuala Lumpur – Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini membidas keputusan yang di buat oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO ketika mesyuarat khas yang diadakan Selasa lalu.

 

Mukhriz berkata keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap ketika penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 Sabtu ini sebagai merugikan.

 

“Dalam isu Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Afdal tidak dibenarkan berucap, saya merasakan ia satu kesilapan yang akhirnya akan merugikan UMNO.

 

“Kita selalu cakap parti kita inklusif yang mengamalkan hak bersuara dalam perbezaan pendapat” katanya dalam ucapan ketika perjumpaan khas bersama para perwakilan UMNO yang diadakan di Saloma Bistro malam tadi.

 

Mukhriz yang berucap di hadapan 300 orang itu turut mengakui beliau mengambil risiko apabila menganjur perjumpaan tersebut.

 

“Rakan-rakan ‘Berani Berubah’ (yang) mai datang dari seluruh Malaysia malam ini (merupakan) ketua-ketua cawangan… ni semua tak takut kena pecat.

 

“Asalnya (program ini) di atur biasa-biasa je, tetapi seklai ia jadi luar biasa… kita hadir kerana satu hati hendak menegakkan syiar Islam untuk Melayu dan negara” katanya lagi.

 

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Mukhriz Mahathir.

 

 

 

 

LAPORAN LANJUT DAN RAKAMAN VIDEO MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.