‘Saya Tidak Pernah Abai Tugas Bantu Presiden’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – “Saya tidak pernah diabaikan kewajipan saya untuk membantu presiden,” kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman facebooknya hari ini.

 

Muhyiddin berkata, selama ini beliau sentiasa setia dengan Presiden dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Presiden yang membantu Presiden.

 

Katanya,  perkara itu yang dilakukannya selama hari ini.

 

Menurutnya, mengulas kenyataan Presiden yang mengatakan pengikut Islam, perlu patuh dan setia kepada pucuk pimpinan, baginya, perkara itu hanya perlu ditunjukkan kepada pemimpin yang taat kepada perintah Allah, boleh dipercayai, jujur, berintegriti, bersih dan menjauhkan diri dari kesalahan.

 

Kataya lagi, hanya pemimpin-pemimpin yang bersih dan tidak melakukan sebarang salah laku layak mendapat kesetiaan rakyat.

 

Beliau yang mengulas ucapan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno semalam berkata, beliau telah menjalankan tanggungjawab itu dan sebagai Timbalan Presiden bahkan beliau turut bertanggungjawab kepada akar umbi parti.

 

“Saya sering mendengar suara-suara akar umbi mengenai pelbagai masalah dalam kepimpinan parti.

 

“Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi nasihat kepada Presiden untuk mendengar suara-suara akar umbi dan membetulkan keadaan.

 

“Sebaliknya, saya telah dibuang (sebagai Timbalan Perdana Menteri), diketepikan dan juga dihalang daripada menjalankan tugas saya sebagai Timbalan Presiden UMNO,” katanya.

 

Katanya, seperti kebiasaannya, selain presiden, timbalan presiden akan menyampaikan penggulungan ucapan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO namun, kali ini dia tidak dibenarkan untuk membuat ucapan penggulungan.

 

“Saya tidak dibenarkan untuk bercakap seperti biasa pada perhimpunan kali ini dan sesungguhnya saya tidak akan dapat menyampaikan pandangan saya kepada perwakilan secara langsung,” katanya.-SuaraTV

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.