Ketika Berkuasa Tun Mahathir Enggan Terima Kritikan – Salleh

PETALING JAYA – Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertentangan dengan kenyataannya bahawa dia tidak mahu memusnahkan Umno dan kesetiaannya terhadap parti dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah goyah, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

 

“Mungkin Dr Mahathir lupa suatu masa dulu semasa pertelingkahan beliau dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah meletak jawatan dari Umno. Kerana perbezaan pandangan dengan pemimpin Umno itu, Dr Mahathir keluar parti,” kata Salleh dalam blognya, Jumaat.

 

Salleh, Menteri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berkata, terdapat satu masa di mana kesetiaan Dr Mahathir untuk parti itu telah goyah.

 

Katanya, Dr Mahathir perlu dipersalahkan untuk prestasi lemah Umno dan BN semasa pilihan raya umum 2008 kerana keputusannya untuk meletakkan jawatan daripada parti dan ‘road show’ berterusan menentang Abdullah.

 

Salleh berkata, dalam tempoh ini, bekas presiden Umno itu telah memberitahu rakyat Malaysia supaya memberi pengajaran kepada parti dan BN dengan mengundi pembangkang.

 

“Jadi bagaimana Dr Mahathir boleh bercakap tentang kesetiaan kepada parti dan gabungannya apabila tindakannya sebenarnya telah menjejaskan parti dan gabungannya?” soal beliau.

 

Salleh berkata, sekiranya Umno dan BN ‘menderita dalam pilihan raya umum akan datang’ ia juga disebabkan tindakan Dr Mahathir baru-baru ini.

 

Beliau juga berkata Dr Mahathir juga tidak menerima kritikan daripada pemimpin Umno seperti Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi ketika beliau berkuasa.

 

“Beliau (Dr Mahathir) berkata, perlu ada platform yang betul untuk ini dan ia perlu dilakukan secara dalaman dan kemelut dalam parti tidak patut diselesaikan di khalayak ramai,” kata Salleh.

 

Beliau juga berkata, Dr Mahathir telah menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyusun semula sistem pemilihan parti untuk terus berkuasa.

 

Dr Mahathir sendiri telah memperkenalkan ‘sistem undi bonus’ dan peraturan ‘tiada cabaran bagi pemimpin nombor satu dan nombor dua’ untuk menghalang sesiapa daripada mencabarnya ketika dia menjadi pemimpin. – mstar

3 thoughts on “Ketika Berkuasa Tun Mahathir Enggan Terima Kritikan – Salleh

  • December 11, 2015 at 3:24 pm
    Permalink

    RAKYAT TIDAK MAHU DENGAR CERITA LAMA, TIDAK ADA FAEDAH LANGSUNG, TIDAK ADA MAKNA, BUKAN BOLEH TOLONG RAKYAT, RAKYAT HENDAKLAH HAPUS GST, KENAIKAN BARANG, RINGGIT MALAYSIA JATUH, KENAIKAN BARANG BOLEH DIKATAKAN SETIAP HARI NAIK. RAKYAT TIDAK KIRA CERITA LAMA, LAPOK TIDAK ADA FAEDAH BAGI RAKYAT.

    Reply
  • December 12, 2015 at 7:20 am
    Permalink

    Menteri sekor ni,asik asik unkit kesah lama,yg sudah tu sudahlah. Fokas kepada apa yg raayak hendak,jika raayat nak harga minyak naik, naik kan lah, jika raayat nak tol naik kenapa tol diturunkan, jika raayat marah kpd kerajaan halau lah raayat.
    Apa lah punya bangang kerajaan hari ini,barisan menteri2 langsung xada mutu,langsung xada idea.haprak.

    Reply
    • March 13, 2017 at 6:23 pm
      Permalink

      Masa Madey jadi PM pernah ke harga barang turun? Syukurlah skg ini gaji kakitangan awam sdh beberapa kali naik. Gaji minima sektor swasta juga naik kpd RN950. Selain itu banyak bantuan kpd rakyat yg diilhamkan oleh DS Najib.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.