DAP Mahu Jadi ‘Kingmaker’ Dalam Pakatan – Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM – Ketiadaan PAS di dalam gabungan Pakatan Harapan memberikan peluang kepada DAP untuk menjadi ‘kingmaker’ dalam pakatan pembangkang baru itu.

 

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Sallehen Mukhyi berkata DAP bukan berkehendakkan sebuah gabungan parti pembangkang tetapi mereka lebih ke arah untuk menjadi ‘kingmaker’ di dalam gabungan itu.

 

“Bagi saya DAP dia perlu atau dia berkehendak untuk menjadi kingmaker dalam gabungan baru Pakatan Harapan.

 

“Jadi bagi saya kehendak dia itu bukan sangat pada hal satu gabungan tetapi ialah kerana DAP perlu jadi kingmaker.

 

“Sebab bila dia bersama dengan PAS, PAS ini lebih ke hadapan dalam soal politik jadi oleh kerana itu ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan sudah tentu DAP akan jadi kingmaker dalam Pakatan Harapan itu sendiri,” katanya kepada Antarapos.

 

Menurut Sallehen, jelas sekali segala keputusan yang diambil oleh Pakatan Harapan didominasi oleh DAP.

 

Kesungguhan mereka membubarkan Pakatan Rakyat juga adalah ingin menjadi pengaruh yang kuat dalam pakatan yang disertai oleh PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti serpihan PAS.

 

“Kesungguhan DAP untuk bubarkan Pakatan Rakyat dan dia bersetuju untuk bentuk Pakatan Harapan (PH) jadi tercapai kehendak dia untuk menjadi ‘kingmaker’ atau jadi pengaruh yang lebih kuat mendominasi dalam banyak keputusan dalam gabungan baru di peringkat Pakatan,” ujarnya.

 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat supaya menolak pakatan pembangkang pimpinan DAP ‘yang anti-perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera’.

 

Presiden Umno itu juga berkata, realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma dua pilihan sama ada gagasan yang dipimpin oleh Umno, ataupun yang dipimpin atau didominasi oleh DAP.

 

Tegas Najib, seandai dan sekiranya Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera. – ANtaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.