Video : Azalina Gesa Tun Mahathir Keluar UMNO

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jika Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak suka dengan pucuk pimpinan, dia boleh keluar parti.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ahli-ahli UMNO yang ‘membantu pembangkang’ setiap kali mereka membuka mulut, mereka hanya perlu meninggalkan parti. Malah, perkara itu terpakai kepada mana-mana anggota UMNO, tidak kira kedudukan mereka.

 

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Tun Dr Mahahtir Mohamad dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Azalina berkata ia terpakai kepada sesiapa sahaja dalam parti.

 

 

“Ia terpakai kepada sesiapa. Sebagai ahli parti, kita mesti setia kepada parti. Semuanya sudah dijelaskan berkaitan isu 1MDB dan isu RM2.6 bilion. Kita seharusnya tidak memberi kekuatan kepada pembangkang.

 

“Saya tidak faham mengapa mereka masih dalam parti jika setiap kali mereka membuka mulut, akan memberikan kekuatan kepada pembangkang. Jika mereka rasa tidak suka, mereka boleh keluar dari parti,” kata Ahli Parlimen Pengerang itu di luar Dewan Merdeka di Perhimpunan Agung UMNO 2015.

 

Beliau menggesa individu-individu yang terlibat untuk menyertai pembangkang atau menjadi calon bebas dalam pemilihan parti akan datang.

 

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib, telah membidas pengkritiknya menerusi ucapan dasar pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan parti Khamis lalu, sekali gus mengatakan bahawa ia adalah penting bagi ahli parti itu menanamkan sifat kesetiaan mereka kepada pucuk pimpinan. – SuaraTV

3 thoughts on “Video : Azalina Gesa Tun Mahathir Keluar UMNO

  • December 12, 2015 at 8:34 am
    Permalink

    Bodoh kah apa dia ni. TDM bkn tak suka parti. Beliau tak sokong presiden je. Jantina sendiri pun beliau belom tahu laki Ke perempuan ke dah nak tegur TDM.

    Reply
  • December 12, 2015 at 11:56 am
    Permalink

    Klu t.m xbuka mulut pn dh jd kkutan pd pmbngkang dh..sbbnya p.m xnk jelaskn pwrkara yg sbnar pnderma 2.6 billion tu xpayah lah nk berdolak dalih plbagai…hggakn timb..berckp bgi pihak dia ..dia sdri la bgi pnjeladan terang2 pd rkyat…supaya rkyat fhm dn jelas..

    Reply
  • December 12, 2015 at 5:06 pm
    Permalink

    Manusia mcm nie yg perlu kluar parti. Bawa budaya buruk pada UMNO. TDM bkn kata tak suka parti, isu sebenarnya dimana akauntabiliti NAJIB sbg Persiden parti.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.