12 Maut Letupan Bom Di Syria

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 12 maut dan berpuluh lagi mengalami kecederaan akibat tiga serangan bom berani mati di wilayah Hasakeh, Syria pada Khamis, kata pemerhati.

 

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan itu membabitkan bom kereta di tiga lokasi berasingan di Tal Tamr, yang dikuasai angkatan Kurdish dan menjadi sasaran serangan kumpulan Negara Islam (IS).

 

Ketua pemerhati yang berpusat di Britain itu, Rami Abdel Rahman berkata, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar orang awam yang terbunuh dan menyatakan bahawa salah satu letupan berlaku di hadapan pos pengawal tempatan.

 

Sehubungan itu, televisyen tempatan turut melaporkan kejadian berkata, sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan berpuluh lagi mengalami kecederaan.

 

Pada Februari lalu, IS menyerang wilayah Khabur yang terletaknya kawasan Tal Tamr dan menculik sekurang-kurangnya 220 penganut Kristian Assyria.

 

Bagaimanapun, pejuang Kurdish dari Unit Perlindungan Rakyat (YPG) berjaya merampas semula kawasan berkenaan dan berpuluh tebusan IS dibebaskan dalam beberapa bulan lalu.

 

Pada Rabu, kira-kira 25 tebusan Assyria termasuk dua kanak-kanak dibebaskan oleh IS. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.