Tuduh Ambil Dadah, Razif Sidek Mohon Maaf Pada Chong Wei

Kuala Lumpur – Bekas jaguh badminton negara, Razif Sidek hari ini mengeluarkan permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya dalam akhbar harian Bahasa Malaysia dan Cina berikutan kenyataan yang dibuat mengenai pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Notis yang dilampirkan dipetik berkata beliau mengakui dan sedar bahawa kenyataannya, iaitu dakwaan dan fitnah yang dilemparkan terhadap Lee adalah palsu dan tidak berasas.

“Saya terus terang dan sepenuh hati memohon maaf kepada Lee untuk sebarang kerosakan, kesusahan dan rasa malu yang disebabkan oleh kenyataan saya yang telah memersoalkan integriti dan kejujurannya.”

Notis itu menambah: “Saya berjanji di sini  bahawa saya tidak akan membuat sebarang pernyataan lanjut atau tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat terhadap Lee.”

Razif sebelum ini mendakwa bahawa Lee telah lama menggunakan bahan larangan yang diharamkan, yang mana bahan tersebut seperti yang dilaporkan positif dalam ujian doping baru-baru ini.

Razif membuat tuntutan ini melalui akhbar harian bahasa Malaysia, Kosmo! di mana beliau mendakwa ramai pegawai dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tahu apa yang telah Lee lakukan.

Beliau juga mendakwa bahawa Lee telah mengupah seorang doktor asing bagi tujuan tersebut itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.