Tiga Maut, Anggota Kongres Selamat Dalam Serangan Hendap

Manila – Anggota Kongres Iligan dari selatan Filipina cedera dalam satu serang hendap yang turut mengorbankan sekurang-kurangnya dua pembantunya dan seorang anggota polis.

Ketua Polis, Brian Inojaldo memaklumkan, lima lagi pengawal peribadi dan pembantu Vicente Belmonte turut cedera dalam serangan yang berlaku di bandar Laguindingan, wilayah Misamis Oriental itu.

Menurut Inojaldo, ketika kejadian, konvoi Belmonte baru meninggalkan Lapangan Terbang Laguindingan, apabila sekumpulan penembak dalam sebuah van bertindak menghalang laluan mereka, sebelum melepaskan tembakan.

Belmonte memberitahu saluran televisyen ANC, beliau percaya serangan itu bermotifkan politik, namun tidak memberikan sebarang nama.

Saingan politik di Filipina kadang kala bertukar menjadi keganasan.

Keganasan politik terburuk di Filipina tercetus pada 2009, apabila 58 orang, termasuk 32 wartawan terbunuh, disyaki arahan daripada sebuah kumpulan politik di wilayah selatan negara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.