Seorang Dari 3 Pelajar Tingkatan 5 Mengaku Rogol Rakan Sekelas

Kota Bharu – Tiga remaja tingkatan lima didakwa atas tuduhan merogol rakan sekelas, di mahkamah majistret, di sini, hari ini.

Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi memohon untuk dibicarakan.

Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.

Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, bagaimanapun mereka pesalah juvenil menyebabkan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001.

Mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah itu diikat jamin RM2,000.

Tertuduh yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana sudah di tempatkan di Sekolah Tunas Bakti Taiping. – Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.