Umpama memikul misi dua da­lam satu dalam usaha untuk ke perlawanan akhir, Harimau Malaya perlu segera melupakan aksi sumbang di Stadium Shah Alam dan mempamerkan pres­tasi sebagaimana mereka tunju­kkan ketika berdepan Singapura dan Thailand di peringkat kum­pulan.

Itu harapan terakhir Dol­lah yang mengharapkan Hari­mau Malaya agar kembali me­nun­jukkan belang sebenar di depan ribuan penyokong Vietnam ma­lam ini.

“Dalam latihan terakhir hari ini (semalam), pemain begitu serius dan saya harap mereka mampu menonjolkan kembali prestasi sebagaimana mereka pamerkan ketika kita jumpa Singapura dan Thailand.

“Saya telah bercakap dengan beberapa pemain senior, harap mereka dapat membantu mene­rapkan semangat kepada yang junior.

“Jangan ulang kesilapan yang kita lakukan.

“Berdepan Vietnam, mereka cepat mengambil peluang jika kita leka,” katanya selepas me­syuarat pengurus pasukan sema­lam.

Menang 1-0 masih tidak men­cu­kupi buat Harimau Malaya ke­rana perlu meraih kelebihan dua gol malam ini.

Terdesak mahu mendapatkan kemenangan, Dollah dijangka me­lakukan rombakan besar-be­saran dengan memberi pe­luang kepada Indra Putra Mahyuddin, Mohd. Badhri Mohd. Radzi dan penjaga gol Farizal Marlias di dalam kesebelasan utama.

Selain itu, kehadiran Am­ri Yahyah dan Shukor Adan yang selesai menjalani peng­gan­tu­­ngan membolehkan Dollah me­ngembalikan kestabilan ke­pada bahagian tengah dan per­tahanan.

“Pasti akan ada rombakan, saya terpaksa mengambil risiko ini kerana ini adalah perlawanan hidup mati pasukan selain memperbaiki kelemahan kita pada separuh akhir pertama.

“Saya akan cuba menguji beberapa kombinasi pemain dan dari situ saya akan buat keputusan siapa pemain yang layak dalam kesebelasan utama,” katanya.

Vietnam pula akan men­da­pat semula khidmat peran­cang utama Vu Minh Tuan yang kembali daripada peng­gan­tungan tetapi Dollah tidak menghiraukan kehadiran pemain berpengaruh bagi pasukan tuan rumah itu.

“Bagi saya sesiapa sahaja yang diturunkan Vietnam esok (malam ini) adalah tidak penting kerana mereka mempunyai ra­mai pemain berkualiti.

“Sesiapa sahaja daripada pe­main ini iaitu nombor 10 (Nguyen Van Quyet), nombor 9 (Le Cong Vinh), nombor 7 (Ngo Hoang Tinh) dan nombor 19 (Pham Thanh Luong) adalah berbahaya,” katanya. – UTUSAN