Menteri Kanan Palestin Terbunuh

Ramallah (Palestin) – Menteri kanan Kabinet Palestin, Ziad Abu Ein dilaporkan terbunuh dalam insiden pertempuran dengan pihak berkuasa Israel di Tebing Barat.

Ketua Suruhanjaya antipenempatan haram Israel dan tembok pemisah itu meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap tebal gas pemedih mata ketika kejadian tersebut, lapor al-Jazeera.

Beberapa saksi mendakwa Ziad turut diserang tentera rejim Zionis dan imej memaparkan insiden menggemparkan itu juga telah tersebar secara meluas di media sosial.

Difahamkan, sekumpulan aktivis sedang menjalankan program penanaman pokok buah zaitun di kawasan penempatan haram AliAd sebelum tentera Israel bertindak menyerang dan melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Sementara itu, Presiden Mahmoud Abbas turut mengecam tindakan kejam rejim Zionis yang telah menyebabkan kematian anggota Majlis Revolusi Fatah terbabit.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sejurus siasatan terhadap kejadian itu dijalankan,” katanya.

Susulan daripada insiden itu, pentadbiran Ramallah dan El Bireh mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bagi menghormati kematian Ziad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.