Dijangka Lebih Dari 30K Jutawan Malaysia Menjelang 2018 – Risikan

Kuala Lumpur – Malaysia dijangka mempunyai seramai 30,054 jutawan pada tahun 2018 berdasarkan laporan sebuah firma penyelidikan, Pusat Pangkalan Data Risikan Wealthinsight yang berpangkalan di London.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan kepada pe­ningkatan seba­nyak 45.5 peratus jutawan atau individu berpendapatan tinggi bersih yang melebihi AS$1 juta (RM3.4 juta) di Malaysia sepanjang tahun 2009 sehingga 2013.

Menurut laporan itu, terdapat seramai 26,014 individu yang berpendapatan lebih AS$1 juta di Malaysia pada tahun lalu de­ngan kekayaan ke­seluruhan mereka ialah AS$151 bilion (RM527.87 bilion) iaitu peningkatan kira-kira 11,706 orang sejak tahun 2009.

Justeru, Malaysia dijangka memiliki seramai 30,054 jutawan dengan kekayaan terkumpul AS$206 bilion (RM719.04 bilion) menjelang tahun 2018 berdasarkan peningkatan memberangsangkan kadar pendapatan bersih lebih AS$1 juta. – Kosmo! Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.