Brad Pit Tidak Benarkan 3 Anak Perempuannya Bertatu

New York – Angelina Jolie mendedahkan, suaminya Bard Pit agak kurang senang jika anak-anak perempuan mereka berhasrat melukis tatu di badan.

Angelina berkata, sebelum ini tiga anak perempuannya iaitu Vivienne, 6, Shiloh, 8, dan Zahara, 9, pernah bertanya adakah mereka boleh melukis tatu pada badan masing-masing.

“Mereka sudah bertanya kepada saya mengenai tatu. Macam mana saya nak kata tidak? Atas sebab-sebab tertentu, seseorang lelaki mungkin berasa sedikit sensitif apabila anak perempuan mempunyai tatu,” katanya.

Angelina, 39, dan Brad, 50, yang turut mempunyai tiga anak lelaki iaitu Knox, 6, Pax, 11, dan Maddox, 13,  bersetuju supaya anak-anak mereka patut meneruskan kerjaya berbeza mengikut kehendak masing-masing.

Bercakap kepada majalah Radio Times tambahnya, anak-anak juga harus mencari pekerjaan yang sebenar dalam hidup mereka.

“Bagaimanapun saya berharap jika anak-anak saya melihat perkara lain di dunia ini, ia akan menjadi inspirasi kepada mereka untuk menjadi sama ada penulis, ahli politik atau aktivis.

“Mereka mempunyai hak peribadi. Saya membayangkan, mereka tidak akan mengikut apa yang dilakukan ibu dan ayah mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.