Bayi Pembetung Najis

Suide – Seorang bayi berjaya diselamatkan selepas dia dibuang menerusi sebuah tandas oleh ibunya sebaik dilahirkan di barat laut China.

Seorang pejalan kaki mendengar tangisan bayi berkenaan dari pembetung najis di daerah Suide di wilayah Shaanxi sebelum menelefon pihak berkuasa kecemasan yang kemudian mengesan bayi itu terendam dalam air kotor dalam pembetung itu.

Bayi yang dinamakan Xiaoxiao atau ‘si kecil’ itu hanya calar di beberapa bahagian tubuhnya dan kini dirawat di sebuah hospital sementara polis berusaha menjejaki ibunya.

“Kami terpaksa mengejar masa kerana bimbang ada orang akan mencurahkan lagi air ke dalam pembetung itu atau bayi itu mungkin tertiarap yang akan menyebabkan dia mati lemas,” kata ketua skuad jabatan bomba daerah Suide, Li Zhi.

Kerana tidak mahu memecahkan pembetung itu bagi mengelak bayi berkenaan cedera atau mati, Li Zhi berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk memudahkan Xiaoxiao dibawa ke arah lubang pembetung itu sebelum dia ditarik keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.