Empat Tentera Maut, Sepuluh Cedera Dalam Letupan Bom Di Pattani

PATTANI, 11 Dis (Bernama) — Empat anggota tentera terkorban manakala sepuluh lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki terkena bom buatan sendiri seberat 50kg yang diaktifkan menggunakan telefon bimbit.

Kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan di Kg Makkor, Mukim Plonghoil, Daerah Kapo, Pattani.

Pol. Col. Durolman Yaena, Ketua Polis Daerah Kapo berkata anggota tentera tersebut dalam perjalanan ke Kem Ingkhayuthaborihan Pattani untuk bertukar tugas dengan anggota lain.

Beliau berkata kejadian di Jalan Tungyangdaeng-Saiburi dan kira-kira 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Kg Mako itu disyaki dilakukan puak pemisah.

Kejadian itu mengejutkan guru serta murid yang bertempiaran lari menyelamatkan diri.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.