Adi Putra Jawab Isu Skandal Dengan Isteri Orang Esok

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Persoalan selama ini yang masih menjadi tanda tanya berhubung isu skandal antara pelakon Adi Putra bersama seorang wanita berstatus isteri orang akan terjawab esok.

Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra pada pukul 8 malam, pelakon ini akan mengadakan sidang media khas bagi memjelaskan perkembangan terkini isu tersebut yang sudah pun menjadi kes polis.

Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita berusia 30 tahun selepas seminggu berkenalan menerusi laman sosial.

Hubungan tersebut telah dikesan oleh suami wanita berkenaan dan telah diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.