Sorok kes buli di institusi Mara, pengetua juga berdepan tindakan – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi amaran kepada institusi pendidikan Mara agar tidak menyembunyikan kes buli.

Asyraf memaklumkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan beliau untuk mengambil tindakan terhadap pengetua institusi pendidikan Mara jika didapati menyorokkan kes buli.

“Jangan sesekali ada Institusi Pendidikan Mara termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang sorok kes buli.

“Timbalan Perdana Menteri telah arahkan saya, jika ada kes buli disorokkan maka tindakan akan turut diambil ke atas pengetua terbabit,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Menurut Asyraf, sebelum ini beliau sudah tegaskan bahawa tiada kompromi terhadap pelaku buli di mana-mana Institusi Pendidikan Mara (IPMA) termasuk MRSM, IKM, KKTM, KPTM, UniKL, UPTM.

“Saya tidak kira anak pembesar ke, anak orang kenamaan berpengaruh sekalipun jika didapati melakukan perbuatan buli, mereka tiada tempat di IPMA; “You touch you go!”.

“Malah jika saya dapat maklumat ada usaha menyorokkan maklumat dan menutup kes-kes berkaitan buli atas apa jua alasan, TPM Zahid telah mengarahkan saya untuk turut ambil tindakan tegas termasuk menukar pengetua, pengarah MRSM atau IPMA terbabit,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat