Singkir mana-mana negara enggan iktiraf resolusi PBB – Anwar 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusulkan cadangan mana-mana negara enggan mengiktiraf resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) wajar disingkirkan daripada badan dunia itu.

Tanpa menyebut nama negara, tetapi merujuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, Anwar berkata, mengusir negara tersebut satu-satunya pilihan yang ada.

“Kita berdepan dengan situasi yang kompleks kerana penolakan Israel untuk memberikan bantuan kemanusiaan sehingga berlaku pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Kita telah mengambil pendirian sangat tegas dalam hal ini untuk membantah dengan serius. Sebenarnya, saya telah mengemukakan idea bahawa apabila sesebuah negara menolak untuk mengiktiraf peraturan atau resolusi Majlis Keselamatan PBB, satu-satunya pilihan adalah menyingkirkan mereka dari PBB.

“Ada pandangan yang perlu dipertimbangkan, tetapi saya faham betapa kompleksnya situasi ini kerana seperti yang Presiden (El-Sisi) katakan, keutamaan beliau adalah untuk menghentikan permusuhan,” katanya pada sidang media bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi selepas pertemuan dua hala di Istana Al-Ittihadiya di Kaherah, pada Ahad.

Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas El-Sisi sempena lawatan rasmi empat harinya ke Mesir bermula Sabtu, lapor Bernama.

Beliau turut mewakili rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada presiden dan rakyat Mesir atas bantuan mereka dalam memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan Malaysia kepada Palestin di Gaza berjalan lancar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat