Lesen 5G U Mobile atas dasar merit atau persahabatan, tanya Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) mempersoalkan sama ada pemberian lesen spektrum 5G kedua kepada U Mobile Sdn Bhd oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) satu keputusan berasaskan merit atau persahabatan.

Minggu lalu, U Mobile telah dianugerahkan spektrum untuk menerajui rangkaian 5G kedua negara mengatasi pesaing yang lebih besar Maxis Bhd (KL:MAXIS) dan CelcomDigi Bhd (KL:CDB).

Wan Saiful turut mempersoalkan proses penganugerahan itu kerana terdapat hubungan perniagaan antara Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dengan pemegang saham U Mobile, Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Wan Saiful Mohamad Salim Fateh turut berkhidmat sebagai naib pengerusi firma pembinaan Malaysian Resources Corp Bhd (KL:MRCB) yang membentuk konsortium bersama dengan Berjaya Land Bhd (KL:BJLAND), sebuah lagi syarikat berkaitan Vincent Tan, untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura . Berjaya Land adalah 73.55% dimiliki oleh Berjaya Corp Bhd (KL:BJCORP), yang diasaskan oleh Tan.

“Saya tertanya-tanya, adakah kita boleh yakin bahawa proses pemberian spektrum 5G adalah telus
sepenuhnya bila seorang rakan niaga yang menjadi pengerusi SKMM dan seorang rakan niaga lagi dalam syarikat yang menerima lesen tersebut dari SKMM,” ujar Wan Saiful dalam sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Minggu lalu, media melaporkan kenyataan Menteri Komunikasi Malaysia, Encik Fahmi Fadzil bahawa pemilihan U Mobile dibuat tanpa campur tangan mana-mana pihak berkepentingan, sebaliknya penelitian dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara bebas, berdasarkan tatakelola baik dan bukan secara penganugerahan terus.

Dalam sidang media tersebut Wan Saiful turut menegur Vincent Tan yang cuba membuat komen politkk semasa menjawab kritikan yang dibangkitkan oleh ahli politik yang menyokong polisi Rangkaian Borong Tunggal 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) yang dilaksanakan semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Isu yang saya bangkitkan ialah mengenai pentadbiran, ketelusan, keupayaan dan kemampanan U Mobile bukannya isu peribadi, Tan Sri Vincent” kata Wan Saiful.

Beberapa hari lalu Vincent Tan dilaporkan berkata “model rangkaian tunggal monopoli yang dipilih oleh pentadbiran Muhyiddin bertentangan dengan amalan terbaik global.”

Terdesak dengan kritikan umum mengenai peganugerahan lesen 5G, U Mobile juga tampil berkata dalam satu kenyataan pada hujung minggu lalu bahawa Malaysia akan beralih daripada “model monopoli ke arah landskap kompetitif yang komprehensif” dengan mewujudkan rangkaian 5G kedua.

Syarikat itu mempertahankan kemampuannua dengan menyatakan bahawa ia telah melabur lebih RM5 bilion dalam infrastrukturnya dan kini mempunyai kira-kira 10,000 tapak rangkaian, yang menurut U Mobile adalah setanding dengan rakan pesaingnya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat