Isu buli jadi barah di UPNM, Syed Saddiq hantar usul tergempar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Budaya buli dikatakan sudah sistemik dan dinormalisasikan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) justeru, bagi mengelakkan kejadian meragut nyawa pada masa akan datang, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengemukakan usul tergempar ke Dewan Rakyat.

Menurut beliau, usul tergempar yang dihantarnya itu bertujuan mencari penyelesaian yang tuntas supaya budaya buli dinoktahkan.

“Buli sudah jadi sistemik dan dinormalisasikan di UPNM. Nak tunggu ada kematian lagi ke sebelum bertindak?

“Pelajar dibunuh dengan kejam depan orang ramai. Pelajar didera pada siang hari di tempat terbuka.

“Bahkan pelajar ditekap dengan seterika dan dikatakan “jenaka” sahaja. This is ridiculous. Enough is enough,” tegas Syed Saddiq.

Dalam usul tergempar berkenaan, Ahli Parlimen Muar itu berkata, usul ini adalah perkara tertentu kerana ia telah berlaku sejak dulu dan tidak wajar dibiarkan berulang lagi pada masa depan, tidak kira di UPNM mahupun pusat pengajian tinggi yang lain.

“Usul ini juga melibatkan kepentingan ramai kerana perkara ini tidak hanya inklusif kepada penuntut UPNM malah perlu diperluaskan skop ini kepada semua pusat pengajian tinggi di Malaysia.

“Perbuatan keji ini perlu dihentikan serta-merta dan tidak boleh berlaku lagi walau di mana saja,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat