Buka sempadan negara awal tahun 2022, syor MPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengemukakan syor kepada kerajaan supaya membuka sempadan negara kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya 1 Januari 2022.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan MPN itu bertujuan merancakkan semula sektor pelancongan yang teruk terjejas.

Sempadan negara ditutup kepada semua pelawat antarabangsa sejak pandemik COVID-19 mula melanda negara ini pada tahun lalu.

Memetik Bernama, Muhyiddin berkata, cadangan pembukaan sempadan itu adalah bagi mempercepatkan proses pemulihan negara terutama dalam sektor pelancongan.

“Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai situasi sektor pelancongan negara yang menyaksikan pemulihan yang agak perlahan disebabkan ketiadaan pelancong antarabangsa yang memasuki negara ini selain operator sektor ini yang memerlukan masa untuk memulakan semula perniagaan mereka.

“Mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik, mesyuarat hari ini memutuskan supaya sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari 2022,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat MPN hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat