Video Ucapan Bakal Naib Presiden AS Ikrar Sokong Israel Viral Di Media Sosial

- Advertisement -

Ketika  pujian mencurah-curah disampaikan dari seluruh dunia kepada pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS), terutamanya tentang sejarah terlantiknya Naib Presiden AS wanita pertama, sebahagian lagi dari warga dunia belum terubat rasa kecewa.

Kekecewaan itu datang dari dunia Islam umumnya, yang tidak meletakkan harapan tinggi bahawa wanita kulit hitam berdarah campuran Asia Selatan itu, boleh selari dengan ‘perjuangan yang lebih baik’ dalam paksi politiknya.

Di media sosial, tertular semula video ucapan Harris dalam Persidangan Dasar Jawatankuasa Hal Ehwal Amerika-Israel pada 2017.

Dalam ucapan itu, Harris berulang kali menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Israel, malah menegaskan, memberi sokongan penuh pada dasar AS yang menaja bantuan ketenteraan sejumlah AS$38 bilion untuk Israel untuk dekad seterusnya.

“Sokongan Amerika pada Israel perlu terus kukuh. Ketika Iran terus melancarkan perluru berpandu sementara membekal senjata dan dana kepada proksi Hezbollah, kita mesti teguh bersama Israel.

“Ketika Hamas meneruskan kawalan ke atas Gaza dan menembakkan roket ke sempadan selatan Israel, kita mesti teguh bersama Israel.

“Dan ketika ISIS dan perang saudara di Syria mengkucar-kacirkan rantau itu, menyebabkan jutaan kehilangan tempat tinggal, dan menjejaskan kepentingan keselamatan, kita perlu terus menyokong mereka yang ditindas keganasan dan kita mesti teguh bersama Israel,” ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh.

Pendirian Harris tentang isu negara Yahudi melihatkan dirinya lebih tegas berbanding Presiden AS yang baru diumum, Joe Biden, yang sebelum ini cuba menunjukkan nilai berbeza dalam parti Demokkratik.

Harris muncul di pentas politik nasional AS sejak 2017, namun pengalamannya berkhidmat selama tiga tahun sebagai Senator membuatkannya sering berada dalam kedudukan pro-Israel untuk partinya.

Selain video ucapan Harris dalam sebuah acara pada tiga tahun lalu itu, video pandangan Biden tentang Islam juga tersebar semula sejak namanya muncul sebagai ‘kuasa baharu’ yang mengakhiri era Donald Trump.

Di media sosial, terdapat video Biden yang dipercayai di sebua lokasi kempen politik. Beliau didekati beberapa individu yang bertanyakan kepadanya tentang pandangan terhadap warga Muslim di Amerika.

“(Kamu hendaklah) berbangga. Sangat berbangga. Saya betul-betul memaksudkannya. Saya berjanji, sebagai presiden, Islam akan dilayan sewajarnya, sama seperti agama utama lain,” ujar Biden.

“Terima kasih, Kami sangat menghargainya,” balas salah seorang wanita kepada Biden.

Ramai warga Islam Amerika, yang membentuk 1 peratus daripada populasi AS, berpandangan gandingan Biden-Harris bukanlah sesuatu yang ‘cukup bagus’ untuk memperjuangkan nasib dan visi komuniti mereka, namun mereka yang layak mengundi benar-benar mahu Trump berundur dari White House.

Dalam satu laporan Los Angeles Times, seorang penduduk Islam di South Bay, Sara Deen, menyifatkan lebih ramai penduduk Islam dalam komunitinya menunjukkan minat dalam pemilihan presiden baru-baru ini, berbanding pilihan raya-pilihan raya sebelumnya.

“Bagaimanapun, apa yang selama ini mengecewakan adalah betapa sering ahli politik ini mahu mengambil kira suara kami (orang Islam) namun tidaklah benar-benar berminat tentang apa yang kami mahu katakan.

“Terdapat idea tentang orang Islam terlibat dalam pentadbiran Biden-Harris. Namun, saya berada di persimpangan, antara optimistik dan curiga,” ujarnya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat