Lazada 11.11 Super Show meriah dalam PKPB

Kuala Lumpur :Acara Lazada 11.11 Super Show yang berlangsung malam tadi tetap meriah walaupun diadakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, kerjasama bersama jenama Lazada yang masuk tahun ketiga ini menampilkan kelainan berbanding program lain seumpamanya.

“Dalam PKPB sekarang, stesen TV akan mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana keselamatan dan kesihatan individu yang terbabit diutamakan dahulu.

“Ia tidak membabitkan penonton, hanya kru produksi dan artis yang terbabit berada di lokasi serta mengikut penjarakan fizikal,” katanya.

Menurutnya, kerjasama ini juga mampu menjadi penanda aras untuk membuka peluang kerjasama dengan pelbagai jenama gergasi lain.

“Selain tawaran jaminan harga yang terendah, acara tahunan ini juga dihangatkan dengan persembahan penyanyi tanah air tersohor antaranya Anuar Zain dan Yuna,” katanya.

Selain Anuar dan Yuna, pentas Lazada 11.11 Super Show dihangatkan dengan persembahan hebat pelbagai artis antaranya Datuk Afdlin Shauki, Adibah Noor, Naim Daniel, Ismail Izzani, Elly Mazlein, Riena Diana, Syamel, Ernie Zakri dan ramai lagi.

Rancangan yang diacarakan Haziq Hussni dan Sean Lee ini juga disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan TV9, distrimkan di dalam aplikasi Lazada, Lazada YouTube, dan TV3 Facebook Live.

Harian Metro

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Langgar SOP: Azwan Ali Minta Kerajaan Bertegas, Gesa Penjarakan Neelofa

KUALA LUMPUR - Pengacara dan selebriti kontroversi, Azwan Ali meminta kerajaan bertindak tegas memenjarakan Neelofa atas kesalahan berulang kerana pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)...

Neelofa, keluarga buat hal lagi…

Kuala Lumpur: Selebriti sensasi, Neelofa, 32, terus menjadi perhatian warganet di media sosial apabila tersebar pula video pendek meraikan kemeriahan Aidilfitri baru-baru ini bersama...

Berhimpun Dan Beraya Sakan, Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Sekali Lagi

Sebagai seorang selebriti, pastinya diri anda dianggap ikon dan tingkah laku anda akan diperhatikan oleh ramai orang. Neelofa, seorang selebriti yang boleh dianggap cukup berpengaruh...