Empat LRA Sungai Selangor Beroperasi Semula

- Advertisement -

Shah Alam : Empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 , 2 , 3 dan Rantau Panjang kini beroperasi semula pada jam 2.40 pagi tadi.

Menurut Facebook rasmi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kesemua LRA berkenaan beroperasi secara berperingkat selepas bacaan O TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

“Sehingga jam 7 pagi ini, keempat-empat LRA sudah selesai melaksanakan aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA, ini bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah bersih dan selamat mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Air Selangor melakukan pengesahan kualiti air di setiap bahagian dalam proses rawatan air serta kolam imbangan dan disahkan tiada bau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan sebelum bekalan air dapat diagihkan kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan.

“Bekalan air dijangka akan mula diterima oleh pengguna pada jam 3 petang ini secara berperingkat-peringkat mengikut kedudukan kawasan dalam sistem agihan bekalan air.

“Bantuan bekalan air alternatif yang dilaksanakan oleh Air Selangor akan diteruskan bagi membantu pengguna terjejas termasuk menggerakkan sebanyak 111 lori tangki, menyediakan 14 pili awam dan membuka 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) serta mengagihkan air minum lima liter,” katanya.

Air Selangor juga akan memaklumkan pelan pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter , Facebook , Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com .

“Pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air,” katanya – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat