Najib Yakin Kerajaan Tidak Akan Tutup Loji Lynas

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan kerajaan PH tidak akan menutup loji Lynas.

Katanya, Lynas cuma bahan bagi DAP dan PKR untuk menipu dan menghasut rakyat selama bertahun-tahun untuk membenci kerajaan sebelum ini.

“Ada orang Pahang tanya saya tentang Lynas. Saya jawab jangkaan saya ialah kerajaan PH tidak akan tutup loji Lynas.

“Kita tengok apa keputusan mereka nanti,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.