“Kau Ni Tahap Lobak Pun Tak Sampai,” KJ Kepada Papagomo

KUALA LUMPUR – Bekas ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam Twitter berbalas-balas komen dengan individu yang pernah rapat dengannya Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris kini memegang jawatan Exco Pemuda.

Ia bermula apabila Astro Awani di Twitter memuatnaik gambar bekas Menteri Belia dan Sukan itu sedang menulis sesuatu pada kertas sambil diperhatikan seorang kanak-kanak dan seorang lelaki memakai baju logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan kapsyen “Kj isi borang apa tu?”.

KJ dalam ruangan komen kemudiannya berkata kepada Awani “Adik tu minta autograpgh pun nak jadi berita? Ingat Astro Awatni tadi.

Namun Azri mencelah berkata kelakuan KJ semenjak ini sudah tentu akan menjadi persoalan apatah lagi sering hadir pada program rasmi UMNO tanpa memakai baju parti.

Ahli Parlimen Rembau itu pula menjawab bahawa majlis yang melibatkan kerajaan tidak memerlukannya untuk memakai baju parti.

Malah Azri disifatkannya memiliki pemikiran di bawah lobak seperti yang pernah disebutnya sebelum ini kepada ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

“Mestilah jadi berita sebab dah tak nampak pakai baju UMNO walau dalam program rasmi UMNO. Kan jadi timbul tanya pada masyarakat,” kata Azri.

“Itu program kerajaan Malaysia bukan program UMNO la. Kau ni tahap carrot pun tak sampai,” kata KJ.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.