‘Borang’ Tukar Parti KJ Didedahkan?

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy kelmarin mengundang usikan nakal netizen.

Lebih-lebih lagi pada sekeping gambar yang menunjukkan Khairy menulis sesuatu pada kertas sambil diperhatikan seorang kanak-kanak dan seorang lelaki memakai baju logo Bersatu.

Di ruangan komen, ramai yang membuat anggapan ‘liar’ kononnya bekas Ketua Pemuda Umno itu mengisi borang menyertai Bersatu.

Apatah lagi, majlis rumah terbuka itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Khairy di laman Twitter telah menafikan perkara itu dan menyatakan beliau hanya melayan permintaan kanak-kanak tersebut yang meminta tanda tangannya.

Manakala, perkongsian seorang pengguna Facebook, Ciik Shieeda mendedahkan apa sebenarnya isi kandungan yang ditulis Khairy pada kertas tersebut.

Katanya, Khairy menulis kata-kata semangat buat kanak-kanak bernama Rayyan itu yang merupakan peminat setianya sejak tadika.

“Rayyan, semoga menjadi seorang pemimpin hebat satu hari nanti,” tulis Khairy yang turut disertai tanda tangannya. – SINAR HARIAB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.