Anwar Bakal ‘Mengaruk’ Kalau Tak Jadi PM – Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ‘mengaruk’ jika hasratnya menjadi Perdana Menteri tidak akan tercapai.

Zahid berkata beliau mengetahui impian Ketua Umum PKR itu yang pernah menjadi kawannya.

“Rakyat akan bangun, tidak perlu tunggu hingga pilihan raya umum akan datang. ‘Hantu raya’ yang menang (Parlimen) Port Dickson itu dijanjikan dua tahun, enam bulan sudah berlalu.

“Kita tengok setahun setengah lagi. Kalau hantu raya itu tidak dapat (jadi perdana menteri), pasti dia mengaruk. Saya tahu, dulu kawan saya,” kata Zahid dipetik The Malaysian Insight (TMI) ketika ditemui pada mesyuarat Umno Melaka di Kampung Bertam Hulu hari ini.

Sebelum ini penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bersetuju untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sebelum Anwar yang pada masa itu menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan tempoh bagi penyerahan kuasa itu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.