Tidak Cemburu Pekin ‘Bersama’ Uqasha Senrose Kata Hefny

Pelakon Hefny berkata tiada halangan untuk Uqasha berlakon bersama Pekin kerana hubungan cinta mereka sudah lama berlalu.

“Dia [Uqasha] ada beritahu saya. Saya gelak saja kerana benda itu sudah lama. Saya tidak tahu siapa yang wujudkan berita itu,” kata pengacara Muzik-Muzik 32.

Uqasha, 25, berkata walau sudah setahun mengenali Hefny dengan lebih dekat namun mereka belum mengisytiharkan hubungan mereka secara rasmi.

Katanya, menjadi harapan hubungan mereka dapat disatukan agar persahabatan mereka diikat dengan perhubungan yang sah, petik MMO.

“Saya sudah lama kenal dia hampir empat tahun tetapi betul-betul bersama baru setahun dan kami tidak isytihar apa-apa takut tidak jadi.

“Sudah setahun bersama tentulah kami mahu ke arah yang halal dan ke hadapan, bukannya kawan kosong,” katanya cermat menyusun kata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.