Satu Minit Yang Bersejarah – Harith Iskander

UALA LUMPUR – Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan pelawak, Harith Iskander apabila dapat bertemu dengan Prince of Wales bersama isterinya, Duchess of Cornwall baru-baru ini selain berbangga dan menakjubkan.

Jelas pelawak itu, dia tidak menyangka dapat bertemu dan berbual dengan Putera Charles dan isteri baginda, Camilla sewaktu lawatan putera tersebut ke Malaysia baru-baru ini.

“Sebenarnya saya dijemput untuk hadir ke Majlis Malam Gala Diraja di Kuala Lumpur tetapi disebabkan saya terikat dengan persembahan di Singapura, jemputan itu terpaksa ditolak.

“Tetapi mereka menjemput saya ke majlis yang sama di Pulau Pinang, pasti saya tidak akan melepaskan peluang itu. Pertemuan seminit itu bagaikan satu pengalaman yang cukup membanggakan dan bersejarah dalam hidup saya,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE.

Tambah Harith, dia juga sempat berbual dengan Putera Charles berhubung beberapa topik termasuk kepelbagaian industri komedi merentasi pelbagai budaya dan sempat bertukar pandangan mengenai kumpulan komedi kegemaran mereka, Monty Python.

“Apa yang membuatkan saya sangat kagum dengan baginda adalah dia benar-benar bercakap dengan kita untuk seminit yang diberikan. Malah, baginda juga bersungguh-sungguh apabila berbual.

“Bayangkan, dalam majlis yang dihadiri hampir 80 orang itu, baginda meluangkan masa sekurang-kurangnya seminit seorang untuk beramah mesra. Itulah aura putera sebenar,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.