Perompak Bunuh Diri Lepas Rasa Bersalah Rompak 7-Eleven

BANGKOK – THAILAND. Seorang lelaki ditemui tergantung bersama nota yang menyatakan rasa menyesalnya selepas merompak kedai serbaneka 7-Eleven.

Laporan Nation mengatakan mayat Natthapong Sosut, 29, ditemui di sebuah garaj hari ini.

Polis mengatakan Natthapong adalah suspek utama yang melakukan rompakan bersenjata mengunakan sebuah raifal di cawangan 7-Eleven, Selasa lalu.

Dalam rompakan tersebut, Natthapong membawa lari 1,000 baht (RM126.66).

Nota oleh Natthapong mengatakan menggunakan senjata dan pelurunya sendiri, menyebabkan siasatan terhadap rompakan tersebut ditamatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.