Lima Anggota Polis Gagal Ujian Dadah Ditahan

JOHOR BAHRU — Seramai empat anggota berpangkat rendah dan seorang kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri ini ditahan berikutan gagal ujian saringan dadah.

Mereka berusia 25 hingga 35 tahun antara 60 peratus warga polis negeri itu yang menjalani ujian besar-besaran sejak 31 Oktober lalu, lapor Berita Harian.

“Lima warga PDRM Johor yang gagal saringan itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan menjalani tindakan perundangan seperti biasa,” kata ketua polis Johor.

Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata seramai 6,221 daripada 10,370 pegawai, anggota dan kakitangan polis sudah disaring di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Beliau berkata berkata, baki 4,149 individu lagi akan disaring bagi membanteras pembabitan warga polis dalam penyalahgunaan dadah. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.