Jalaluddin Hadiah Kerusi Urut Buat Isteri Baru

KUALA LUMPUR — Kerusi urut dijadikan satu daripada beberapa hantaran pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan kepada bakal isterinya.

Duta produk kerusi itu, 63 tahun, berharap ibu tunggal Rapidah Abd Ghani, 44, menggunakan kerusi itu untuk melegakan keletihan, lapor mStar.

Kerusi urut bernilai RM20,000 antara lima dulang daripada Jalaluddin untuk perkahwinan keduanya di Masjid Bandar Tun Hussein Onn pada Ahad ini.

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat,” katanya.

Jalaluddin, yang kematian isteri yang disayanginya, dilantik duta kepada Gintell, jenama produk kesihatan termasuk kerusi urut.

Mengadakan majlis sederhana dan tidak bersanding, beliau mahu menziarahi pusara isterinya Hashimah Mad Ehsan sebelum akad nikah.

Isteri pelakon veteran itu meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.